Jimatkan kos dagangan anda sehingga 50% dengan Program Kesetiaan JustMarkets

Berdagang sambil menikmati kos spread dan komisen yang lebih rendah dengan JustMarkets Dollars

Sertai Program Kesetiaan JustMarkets

Program Kesetiaan JustMarkets dicipta khas untuk pelanggan kami yang sentiasa berdedikasi dan aktif — mereka yang berdagang, terus setia dan bersedia berkembang bersama kami setiap hari. Inilah cara program ini berfungsi:

LANGKAH 1

Dapatkan JM USD

Lakukan dagangan dan nikmati ganjaran pulangan tunai (cashback) sebanyak 10% daripada spread dan komisen bagi setiap dagangan. Dana bonus ini akan dimasukkan secara automatik ke dalam Dompet Ganjaran anda.

LANGKAH 2

Pindahkan JM USD

JM USD yang tersedia akan dipaparkan dalam Dompet Ganjaran anda. Dari situ anda boleh memindahkannya ke akaun dagangan pilihan anda.

LANGKAH 3

Tebus JM USD

Baki JM USD akan digunakan secara automatik untuk menampung 50% daripada kos spread dan komisen dagangan bagi dagangan baru daripada akaun tersebut, sehinggalah baki dana bonus digunakan sepenuhnya.

Memperkenalkan JustMarkets Dollars kepada Anda

JustMarkets Dollar (JM USD) ialah bonus istimewa yang direka untuk mengurangkan kos dagangan anda serta meningkatkan kecekapan dalam setiap dagangan.

1 JM USD adalah bersamaan 1 USD

Dapatkan JM USD dan pindahkan ke akaun dagangan dengan mudah

Mengurangkan kos dagangan secara automatik

Buka setiap dagangan dengan kos spread dan komisen yang 50% lebih rendah

Sesuai untuk semua jenis strategi

Gunakan JM USD untuk akaun Standard, Pro atau Raw

Mari mulakan hari ini

Segalanya yang anda perlu tahu tentang Dompet Ganjaran baharu anda:

Ganjaran tersedia

Semak baki JM USD anda yang tersedia dan pindahkan ke akaun pilihan anda untuk mula berdagang dengan kos spread dan komisen yang lebih rendah.

Kadar ganjaran

Lihat jumlah pulangan tunai terkumpul daripada komisen dan spread, dan ketahui berapa banyak diskaun yang boleh digunakan untuk mengurangkan kos dagangan anda.

Agihkan pada akaun

Pantau jumlah keseluruhan baki JM USD anda dan lihat berapa banyak dana bonus yang tersedia dalam setiap akaun dagangan. Setelah JustMarket dollar dipindahkan ke akaun pilihan, baki JM USD anda digunakan secara automatik untuk menampung 50% daripada kos dagangan anda pada masa masa hadapan.

Soalan Lazim

1
Apa itu JM USD?

JustMarkets Dollars (JM USD) ialah bonus maya yang dikreditkan ke akaun pelanggan anda dan bukan dana sebenar. Bonus ini boleh digunakan semasa berdagang untuk mendapatkan diskaun pada spread dan komisen.

2
Bagaimana saya boleh dapatkan JM USD?

Lakukan dagangan dan nikmati pulangan tunai 10% daripada spread dan komisen bagi setiap dagangan. Dana bonus ini akan ditambah secara automatik ke Dompet Ganjaran anda.

3
Bagaimana saya boleh gunakan JM USD?

Dana bonus yang diperolehi daripada spread dan komisen yang anda telah bayar, akan dimasukkan ke dalam Dompet Ganjaran anda dalam bentuk JustMarkets Dollars (JM USD) dan akan tersedia digunakan pada setiap bulan. Pindahkan dana bonus ini ke akaun dagangan pilihan anda, dan ia akan digunakan secara automatik untuk menampung 50% daripada kos spread dan komisen bagi dagangan baharu daripada akaun tersebut, sehingga baki dana bonus anda habis digunakan.

4
Dimana saya boleh lihat baki JM USD saya?

Baki JM USD anda akan dipaparkan di Ruang Peribadi dalam seksyen Dompet Ganjaran.

5
Bagaimanakah cara saya agihkan dan pindahkan JM USD ke akaun saya?

Pergi ke seksyen Ganjaran tersedia dalam Dompet Ganjaran anda dan klik “Agihkan”. Pilih akaun yang anda ingin agihkan JM USD, dan masukkan amaun yang diinginkan. JM USD akan dipindahkan serta-merta sebaik sahaja transaksi dilengkapkan. Pastikan akaun anda telah disahkan sepenuhnya dan akaun dibenarkan untuk melakukan tindakan ini.

6
Bolehkan saya keluarkan JM USD saya?

Tidak boleh. JM USD tidak boleh dikeluarkan dan hanya boleh digunakan untuk menampung 50% daripada kos dagangan anda.

7
Berapakah jumlah kos dagangan yang ditampung oleh JM USD?

JM USD akan menampung 50% daripada kos spread dan komisen anda. Anda boleh mengagihkan JM USD ke beberapa akaun dagangan dan gunakannya untuk mengurangkan 50% kos secara automatik apabila membuka posisi dagangan. Bagi akaun yang tidak dikenakan komisen (Standard, Pro), JM USD akan menampung peratusan tertentu daripada kos spread yang dikenakan. Sementara itu, bagi akaun yang mengenakan spread dan komisen (Raw Spread), JM USD akan menampung peratusan yang ditetapkan daripada spread semasa posisi dagangan dibuka dan 50% daripada jumlah komisen dagangan yang ditolak serta-merta apabila poisis dagangan dibuka.

8
Adakah JM USD mempunyai tarikh luput?

JM USD sah untuk tempoh 3 bulan dari tarikh ia dikreditkan ke dalam Dompet Ganjaran anda dalam seksyen Ganjaran Tersedia.

9
Bolehkah saya pindahkan JM USD kembali ke Dompet Ganjaran?

Tidak boleh. Sebaik sahaja JM USD telah dipindahkan ke akaun dagangan tertentu, ia tidak boleh dipindahkan kembali ke Dompet Ganjaran.

10
Mengapa JM USD tidak boleh diagihkan ke akaun dagangan tertentu?

JM USD tidak boleh diagihkan ke akaun dagangan sekiranya profil anda masih belum melengkapkan proses pengesahan dokumen. Sebaik sahaja profil anda telah menjalani pengesahan penuh, anda boleh memindahkan JM USD ke akaun pilihan anda. Sila ambil maklum bahawa JM USD tidak boleh dipindahkan ke akaun Standard Cent dan Copytrading.

11
Dimanakah saya boleh lihat berapa banyak JM USD yang digunakan pada order saya?

  • Dalam Ruang Peribadi atau di aplikasi JustMarkets Trade, pergi ke seksyen sejarah order di Dompet Ganjaran anda. Di sana anda boleh lihat setiap dagangan serta jumlah JM USD yang digunakan pada setiap dagangan tersebut.
  • Di platform MetaTrader, anda boleh lihat JM USD yang telah digunakan dalam ruangan komisen. Jika anda berdagang di akaun yang hanya mengenakan kos spread, nombor dalam ruangan ini akan sentiasa positif. Sementara itu, jika anda berdagang di akaun yang mengenakan kedua-dua kos spread dan komisen, jumlah komisen dagangan yang negatif akan dikurangkan mengikut amaun JM USD yang digunakan.

12
Apa itu jadual Bonus Transaksi

Untuk memantau dana bonus anda, kami menyediakan jadual terperinci yang memaparkan aktivit transaksi dalam baki bonus anda.

13
Apa itu seksyen Kadar Ganjaran?

Seksyen Kadar Ganjaran membolehkan anda memantau manfaat yang diperolehi melalui Program Kesetiaan JustMarkets. Di sini, anda boleh melihat jumlah pulangan tunai terkumpul daripada komisen dan spread, serta mengetahui jumlah diskaun yang anda boleh gunakan untuk mengurangkan kos dagangan anda.

14
Apa itu seksyen Ganjaran Seterusnya?

Seksyen Ganjaran Seterusnya akan memaparkan jumlah bonus yang anda kumpulkan sepanjang bulan tersebut. Ia juga akan memaparkan tarikh bonus ini tersedia untuk digunakan dalam akaun anda.

Bawa dagangan anda ke tahap yang lebih tinggi

Sertai dunia dagangan dengan broker terkemuka global yang menawarkan spread rendah, pelaksanaan pantas dan perkhidmatan tiada tandingan.