Aplikasi JustMarkets Trading
Dagang lebih bijak dari telefon anda
Kawal dagangan, pantau trend pasaran dan urus wang anda semua dalam satu aplikasi. Aplikasi mudah alih JustMarkets menawarkan pelaksanaan pantas dan alat dagangan berkeupayaan tinggi semudah dihujung jari.
Aplikasi JustMarkets Trading
Dagang lebih bijak dari telefon anda
Kawal dagangan, pantau trend pasaran dan urus wang anda semua dalam satu aplikasi. Aplikasi mudah alih JustMarkets menawarkan pelaksanaan pantas dan alat dagangan berkeupayaan tinggi semudah dihujung jari.
Mengapa Berdagang dengan Aplikasi JustMarkets?
Pelaksanaan pantas dan kawalan penuh memberi perbezaan besar ketika berdagang. Sama ada anda baru bermula atau sudah berpengalaman, aplikasi JustMarkets menawarkan akses terus ke pasaran global, alatan yang mudah dan fungsi-fungsi hebat dalam satu platform mudah alih yang lancar.
Berdagang Di Mana Sahaja
Buat dan uruskan dagangan tidak kira anda di rumah, dalam perjalanan atau di luar negara.
Dompet & Fungsi Akaun Serba Lengkap
Depositkan dana, keluarkan keuntungan dan kemas kini tetapan akaun anda tanpa perlu gunakan komputer.
Sokongan 24/7 dalam Pelbagai Bahasa
Ada pertanyaan? Pasukan khidmat pelanggan kami bersedia membantu pelanggan dari Malaysia.
Info Pasaran Live
Dapatkan kemas kini tentang berita pasaran, turun naik harga dan peristiwa ekonomi utama.
Pasaran Tersedia dalam Aplikasi
| Forex | Peluang dagangan lebih daripada 50 pasangan mata wang dalam pasaran kewangan paling aktif di dunia. Antaranya ialah pasangan major seperti EURUSD, pasangan minor seperti AUDJPY dan kombinasi exotic seperti USDIDR. Ramai Trader Malaysia memilih dagangan forex kerana akses 24 jam pada hari bekerja, spread rendah dan pelaksanaan order yang pantas. |
| Komoditi | Terokai pergerakan harga emas, perak dan minyak mentah. Aset-aset ini telah lama dipercayai sebagai aset yang bernilai untuk disimpan semasa inflasi dan ketidaktentuan pasaran kewangan. Trader di Malaysia boleh mengakses aset ini dengan mudah tanpa perlu menguruskan penghantaran dan simpanan fizikal. |
| Indeks | Pantau prestasi ekonomi melalui indeks popular seperti SP500, DAX40, NASDAQ100 atau Nikkei225. Instrumen dagangan ini menawarkan pendedahan yang lebih luas terhadap sentimen pasaran dan sering digunakan sebagai strategi mempelbagaikan dagangan dalam pelbagai sektor. |
| Saham | Peluang berdagang dalam syarikat gergasi di dunia seperti Apple, Tesla, NVIDIA dan Amazon. Ikuti trend harga, laporan korporat dan berita global yang mampu mempengaruhi harga saham. Semuanya tanpa perlu memiliki saham secara fizikal. |
| Mata wang kripto | Sertai dunia dinamik aset digital seperti Bitcoin, Ethereum dan BNB. Dagangkan instrumen ini 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, tanpa perlukan dompet kripto atau akaun blockchain. Sangat sesuai untuk trader di Malaysia yang inginkan volatiliti jangka pendek dan potensi jangka panjang. |
Fungsi Dagangan Pintar dalam Aplikasi
Anda tidak perlu menjadi pakar untuk berdagang dengan yakin. Aplikasi JustMarkets menyediakan pelbagai alat yang dapat memudahkan anda membuat keputusan dan melindungi modal anda.
Interface Dagangan Mudah Alih
Lihat instrumen, letakkan order dan kawal posisi dagangan dari satu dashboard tanpa gangguan.
Berita Pasaran dan Kalendar
Sentiasa selangkah di hadapan dengan kemas kini secara langsung dan dengan peristiwa ekonomi berjadual yang mempengaruhi harga di pasaran global.
Carta Teknikal Ekstensif
Gunakan carta, indikator dan lapisan yang boleh disesuaikan untuk menganalisis pergerakan pasaran dan menambah baik strategi masuk dagangan anda.
Pengurusan Dagangan yang Lengkap
Tetapkan paras Stop-Loss dan Take-Profit, sesuaikan saiz dagangan dan uruskan setiap posisi yang dibuka di mana sahaja.
Mengapa Pilih JustMarkets?
Keluarkan Keuntungan Segera
Keluarkan untung dalam dagangan anda dengan pantas dan selamat. Dana anda sentiasa tersedia apabila diperlukan dengan ketelusan penuh dan tanpa langkah yang rumit.
Pilihan Leveraj Tinggi Sehingga 1:3000
Tentukan modal yang ingin didagangkan, sesuai dengan strategi anda. Leveraj tinggi ditawarkan walaupun dengan deposit kecil.
Perlindungan Baki Negatif
Baki akaun anda sentiasa dilindungi. Perlindungan Baki Negatif akan memastikan baki anda tidak pernah kurang daripada sifar.
Pelaksanaan Order yang Pantas dan Tepat
Bertindak segera dalam pasaran yang dinamik. Order diproses sehingga 20 peratus lebih pantas untuk masuk dan keluar dagangan yang lebih tepat.
Spread Rendah dan Telus
Manfaatkan peluang daripada spread yang kompetitif untuk semua instrumen dagangan utama. Direka untuk membantu trader membuat keputusan lebih tepat.
Akaun Swap-Free Tersedia untuk Anda
Bagi trader beragama Islam di Malaysia, dagangan swap-free boleh diaktifkan atas permintaan, selari dengan prinsip dagangan patuh Syariah.
Soalan Lazim
1
Apakah langkah pertama untuk mula berdagang di aplikasi JustMarkets di Malaysia?
Anda hanya perlu muat turun aplikasi JustMarkets dari Google Play Store atau Apple App Store. Setelah aplikasi dipasang, anda boleh log masuk menggunakan butiran masuk sedia ada atau daftar akaun baru. Kemudian, anda boleh buka akaun dagangan, tambah nilai dompet anda dan buat dagangan terus dari telefon anda.
2
Bolehkah saya mengendalikan semua dagangan dan tetapan akaun saya dalam aplikasi?
Boleh, semuanya telah diintegrasikan. Anda boleh buka atau tutup dagangan, tukar antara akaun live dan demo, kemas kini maklumat peribadi dan lihat sejarah transaksi. Aplikasi ini direka untuk membolehkan pengguna di Malaysia mengawal sepenuhnya tanpa perlu log masuk ke laman web.
3
Bolehkah saya gunakan MT4 dengan aplikasi mudah alih JustMarkets?
Dagangan dalam aplikasi JustMarkets hanya menyokong akaun MT5. Jika akaun utama anda adalah di MT4, anda masih boleh mengelog masuk untuk menyemak baki dan maklumat asas. Namun, untuk dagangan aktif, anda akan dialihkan semula ke aplikasi rasmi MT4.
4
Apa yang akan berlaku jika saya log masuk menggunakan akaun JustMarkets sedia ada?
Jika akaun anda adalah berasaskan MT5, anda boleh terus berdagang di aplikasi JustMarkets dan mengakses alat yang disediakan. Sementara itu, untuk akaun MT4, anda masih boleh mengakses profil dan butiran akaun, namun untuk berdagang, ia mesti dilakukan melalui platform mudah alih MT4 yang berasingan.
5
Bagaimana cara saya buat deposit atau pengeluaran dengan menggunakan kaedah pembayaran di Malaysia?
Dalam aplikasi, pergi ke seksyen “Deposit” atau “Pengeluaran”. Anda boleh memilih daripada pilihan pembayaran yang biasa digunakan di Malaysia, termasuk perbankan dalam talian dan e-dompet. Sila ikuti arahan pada skrin untuk melengkapkan transaksi anda dengan selamat.