Aplikasi Mudah Alih MetaTrader

Aplikasi Mudah Alih MetaTrader membolehkan trader dari Malaysia mengakses pasaran global, alatan profesional dan juga carta masa nyata secara terus dari smartphone atau tablet. Buka posisi, ikuti trend harga dan bertindak segera dengan platform dagangan yang dipercayai di seluruh dunia.

Aplikasi Mudah Alih MetaTrader

Buat dagangan, analisis dan uruskan akaun anda dari apa-apa peranti. Pantas dan lancar, akses terus ke pasaran di mana sahaja anda berada.

Manfaat Utama Aplikasi Mudah Alih MT

  1. Berdagang dengan Yakin Di Mana Sahaja: Masuk dagangan pasaran global dan uruskan dagangan anda terus dari telefon.
  2. Data Masa Nyata di Hujung Jari Anda: Pantau pergerakan harga, quote dan perubahan pasaran dengan lancar.
  3. Alatan Carta Terkini: Gunakan indikator teknikal, carta boleh diubah suai dan pelbagai rangka masa untuk membina strategi anda.
  4. Pengurusan Dagangan Pantas dan Mudah: Buka dan sesuaikan dagangan anda dengan pantas. Pelaksanaan untuk setiap order adalah pantas dan stabil.
  5. Push Notification untuk Perubahan Pasaran: Dapatkan notifikasi segera apabila harga bergerak atau order anda dilengkapkan. Sentiasa terhubung sepanjang masa.
  6. Sync yang Lancar Pada Semua Peranti: Akaun, carta dan dagangan anda diselaraskan antara peranti mudah alih, desktop dan platform web.

Alat Pintar dalam Aplikasi Mudah Alih MT

Tekan untuk Berdagang

Buka dagangan serta-merta dengan hanya satu sentuhan. Ideal untuk strategi aktif dan bertindak pantas dalam pasaran.

Analitik Sedia Ada

Gunakan alat seperti Fibonacci, Gann dan petunjuk trend untuk menyokong analisis anda.

Tetapan Order yang Fleksibel

Set paras Stop-Loss dan Take-Profit atau buat pending order dengan kawalan penuh.

Sejarah Dagangan yang Jelas

Akses sejarah dagangan yang lengkap dan analisis prestasi terdahulu dalam satu tempat.

Pemberitahuan Boleh Diubahsuai

Dapatkan notifikasi apabila harga mencapai paras yang anda inginkan. Tidak perlu sentiasa memerhatikan carta.

Dilengkapi Siaran Berita

Baca berita kewangan global terus dalam aplikasi. Ideal untuk mereka yang mengikuti perkembangan ekonomi global semasa.

Perbandingan Platform Dagangan MetaTrader

Platform MT4 MT5
Pasaran Tersedia Forex, CFD, Saham, Indeks, Komoditi, Aset digital Forex, CFD, Saham, Indeks, Komoditi, Aset digital
Rangka masa 9 21
Jenis order 4 pilihan order: Buy Limit, Sell Limit, Buy Stop, Sell Stop 6 jenis order: Buy Limit, Sell Limit, Buy Stop, Sell Stop, Buy Stop Limit, Sell Stop Limit
Tetapan carta 6 13
Paparan sejarah Posisi sahaja Posisi, order dan dagangan
Kalendar Ekonomi Tidak disokong Disokong

Mengapa Trader di Malaysia Memilih MT4

Dipercayai di Seluruh Dunia

Jutaan Trader memilih MT4 reputasinya dalam dagangan forex dan CFD.

Interface yang Mesra Pengguna

Rekaan yang ringkas, sesuai untuk pengguna baru dan berpengalaman.

Fungsi pada Carta

Gunakan indikator dan rangka masa berkeupayaan tinggi untuk mengenal pasti peluang pada pergerakan harga.

Mengapa Anda Perlu Beralih ke MT5

Akses Lengkap Semua Aset

Dagangan forex, saham, indeks, kripto dan komoditi dalam satu platform.

Analitik Canggih

Gunakan sehingga 21 rangka masa, lebih daripada 80 petunjuk dan data pasaran yang komprehensif.

Pelbagai Jenis Order

Lebih fleksibel dalam merancang dan melaksanakan strategi dagangan.

Mengapa Berdagang dengan JustMarkets

Keluarkan Keuntungan Segera

Keluarkan untung dalam dagangan anda dengan pantas dan selamat. Dana anda sentiasa tersedia apabila diperlukan dengan ketelusan penuh dan tanpa langkah yang rumit.

Pilihan Leveraj Tinggi Sehingga 1:3000

Tentukan modal yang ingin didagangkan, sesuai dengan strategi anda. Leveraj tinggi ditawarkan walaupun dengan deposit kecil.

Perlindungan Baki Negatif

Baki akaun anda sentiasa dilindungi. Perlindungan Baki Negatif akan memastikan baki anda tidak pernah kurang daripada sifar.

Pelaksanaan Order yang Pantas dan Tepat

Bertindak segera dalam pasaran yang dinamik. Order diproses sehingga 20 peratus lebih pantas untuk masuk dan keluar dagangan yang lebih tepat.

Spread Rendah dan Telus

Manfaatkan peluang daripada spread yang kompetitif untuk semua instrumen dagangan utama. Direka untuk membantu trader membuat keputusan lebih tepat.

Akaun Swap-Free Tersedia untuk Anda

Bagi trader beragama Islam di Malaysia, dagangan swap-free boleh diaktifkan atas permintaan, selari dengan prinsip dagangan patuh Syariah.

Frequently asked questions

1
Bolehkah saya berdagang dalam pelbagai kelas aset menggunakan aplikasi MetaTrader?

Boleh. Aplikasi MetaTrader membolehkan anda mengakses forex, saham, indeks, komoditi dan mata wang kripto dari peranti mudah alih anda.

2
Adakah aplikasi MetaTrader mudah digunakan untuk trader pemula di Malaysia?

Ya. Layout aplikasi ini jelas dan intuitif. Anda juga boleh bermula dengan akaun demo untuk mempelajari fungsi-fungsi dalam aplikasi sebelum berdagang menggunakan modal sebenar.

3
Adakah dagangan mudah alih saya akan diselaraskan (sync) dengan akaun desktop saya?

Ya. Semua data MetaTrader anda akan diselaraskan pada semua peranti lain. Anda boleh buka posisi dagangan di telefon, kemudian uruskan dagangan tersebut dari laptop atau pelayar web.

4
Adakah aplikasi ini menyediakan maklumat masa nyata?

Ya, anda akan menerima carta live, harga dan berita ekonomi global terus dari aplikasi untuk membantu anda membuat keputusan dalam dagangan.

5
Adakah selamat jika menggunakan MetaTrader di smartphone?

Ya. Aplikasi ini dilengkapi dengan protokol penyulitan untuk melindungi data peribadi anda dan juga aktiviti dagangan anda pada setiap masa.