Copytrading
Gandakan modal anda dengan menyalin strategi trader berpengalaman!
Dengan Copytrading di JustMarkets, anda boleh pautkan akaun anda dengan trader yang berprofil tinggi dari Malaysia dan negara lain. Dagangan mereka akan disalin secara langsung ke akaun anda. Anda tidak perlu pantau carta atau buat keputusan rumit.
Copytrading
Pantau dan salin strategi trader berpengalaman dari Malaysia dengan hanya satu klik. Berdagang tanpa pengalaman.
Bagaimana Cara Mulakan Copytrading?
01. Buka Dompet Pelabur Anda dan Tambah Dana
Daftar akaun JustMarkets secara percuma dan aktifkan Dompet Pelabur. Anda boleh buat deposit serta-merta dengan menggunakan kaedah pembayaran popular di Malaysia.
02. Pilih Trader untuk Disalin
Lihat profil trader dari Malaysia yang telah disahkan dan juga negara lain. Bandingkan statistik mereka, rekod terdahulu dan tahap risiko. Apabila anda telah bersedia, klik “Salin” dan sistem akan menyalin dagangan mereka ke dalam akaun anda.
Ingin sentiasa selamat? Ikuti lebih ramai trader untuk seimbangkan risiko dan pelbagaikan dagangan anda.
03. Pantau dan Sesuaikan Pada Bila-Bila Masa
Dashboard peribadi anda membolehkan anda memantau keuntungan semasa, melihat prestasi lepas dan menyesuaikan tetapan Copytrading bila-bila masa. Anda kekal mengawal dana anda sepenuhnya.
Tiada Pengalaman? Tiada Masalah.
Dengan Copytrading, modal pelaburan anda boleh ditingkatkan dengan mengikuti trader profesional yang berpengalaman. Sesuai walaupun anda baru bermula dalam dunia dagangan.
Copytrading vs Dagangan Manual di MT5
| Ciri-ciri | Copytrading | Dagangan manual |
| Ikut strategi pakar tanpa perlu belajar tentang dagangan | ||
| Elakkan tekanan dan keputusan yang dipengaruhi emosi | ||
| Raih pendapatan pasif tanpa perlu memantau skrin | ||
| Tidur lena tanpa risaukan pasaran | ||
| Pecahkan risiko kepada beberapa strategi |
Mengapa Pilih Copytrading dengan JustMarkets?
Keluarkan Keuntungan Segera
Keluarkan untung dalam dagangan anda dengan pantas dan selamat. Dana anda sentiasa tersedia apabila diperlukan dengan ketelusan penuh dan tanpa langkah yang rumit.
Pilihan Leveraj Tinggi Sehingga 1:3000
Tentukan modal yang ingin didagangkan, sesuai dengan strategi anda. Leveraj tinggi ditawarkan walaupun dengan deposit kecil.
Perlindungan Baki Negatif
Baki akaun anda sentiasa dilindungi. Perlindungan Baki Negatif akan memastikan baki anda tidak pernah kurang daripada sifar.
Pelaksanaan Order yang Pantas dan Tepat
Bertindak segera dalam pasaran yang dinamik. Order diproses sehingga 20 peratus lebih pantas untuk masuk dan keluar dagangan yang lebih tepat.
Spread Rendah dan Telus
Manfaatkan peluang daripada spread yang kompetitif untuk semua instrumen dagangan utama. Direka untuk membantu trader membuat keputusan lebih tepat.
Akaun Swap-Free Tersedia untuk Anda
Bagi trader beragama Islam di Malaysia, dagangan swap-free boleh diaktifkan atas permintaan, selari dengan prinsip dagangan patuh Syariah.
Soalan Lazim
1
Adakah Copytrading tersedia untuk pelanggan di Malaysia
Ya. JustMarkets menawarkan Copytrading dengan kefungsian penuh di Malaysia. Ramai trader tempatan yang telah pun menggunakan platform kami kerana ia mudah, infrastruktur selamat dan reputasi yang dipercayai.
2
Bagaimana Copytrading berfungsi?
Anda pilih trader dari ranking dan pautkan akaun anda dengan strategi mereka. Dagangan mereka akan disalin secara automatik. Anda masih mengawal akaun anda sepenuhnya dan boleh mengubah tetapan, berhenti salin sementara atau tukar ke trader lain pada bila-bila masa.
3
Apakah potensi keuntungan yang ada pada Copytrading?
Hasil dagangan anda bergantung pada trader yang anda salin dan berapakah modal pelaburan anda. Walaupun terdapat ramai trader yang mempunyai rekod dagangan yang baik, ia tidak menjamin keuntungan. Kami nasihatkan anda mulakan dengan amaun yang kecil dan pelbagaikan melalui beberapa strategi.
4
Apakah risiko yang terdapat pada Copytrading?
Copytrading ada risiko tersendiri. Jika trader yang anda salin mengalami kerugian, anda juga akan terkesan. Berita mengejut atau peristiwa pasaran boleh mempengaruhi prestasi dagangan. Sebab itulah, kami sediakan paparan penuh dan berikan kawalan portfolio sepenuhnya pada anda, di samping pilihan untuk menghentikan Copytrading pada bila-bila masa.
5
Berapakah jumlah modal yang diperlukan untuk bermula?
Setiap trader menetapkan amaun pelaburan minimum. Anda boleh lihat jumlah ini secara jelas dalam profil trader tersebut. Ada trader yang membenarkan modal kecil, jadi anda berpeluang menguji strategi trader itu sebelum menambah modal lebih besar.
6
Adakah pengalaman dalam dagangan diperlukan?
Anda tidak perlu memiliki sebarang pengalaman berdagang sebelum ini. Copytrading direka untuk mereka yang ingin mengakses pasaran tanpa perlu belajar berbulan-bulan lamanya. Anda tidak perlu menganalisis carta atau pantau berita kewangan. Anda hanya perlu pilih strategi yang selari dengan matlamat anda.
7
Bagaimana cara memilih trader yang tepat?
Kami menyediakan profil lengkap trader, bersama dengan statistik seperti kebolehuntungan, skor risiko dan sejarah. Ramai pelabur yang mengikuti 2 hingga 3 trader untuk mempelbagaikan risiko. Cara ini membantu anda agar tidak terlalu bergantung kepada satu strategi sahaja dan menambah baik konsistensi secara keseluruhan.