Dagangan CFD di JustMarkets
Berdagang pada pergerakan harga dalam pasaran global tanpa perlu membeli aset secara fizikal. Dengan CFD, anda boleh raih keuntungan ketika harga menaik mahupun menurun.
Dagangan CFD di JustMarkets
Raih keuntungan dari perubahan harga dalam pasaran global tanpa perlu memiliki aset secara fizikal.
Apa Itu Dagangan CFD?
CFD bermaksud Contract for Difference (Kontrak untuk Perbezaan). Ia membolehkan anda berdagang harga pasaran global tanpa perlu memiliki aset sebenar. Anda boleh beli sekiranya anda jangkakan harga akan meningkat atau jual jika anda ramal harga akan jatuh. Sama ada jual atau beli, potensi anda untuk meraih keuntungan tetap ada.
Mengapa Anda Perlu Berdagang CFD dengan JustMarkets?
- Gandakan potensi anda dengan leveraj tinggi
- Berdagang dalam situasi harga pasaran naik atau jatuh
- Akses ke pelbagai aset dalam satu aplikasi
- Gunakan alat pintar untuk mencapai keputusan yang lebih komprehensif
- Mulakan dengan amaun yang fleksibel dan berkembang perlahan-lahan
Bagaimana Cara Mulakan CFD?
- Buka akaun JustMarkets anda dalam beberapa langkah mudah
- Pilih pasaran: Forex, saham, emas, kripto atau banyak lagi
- Gunakan alat carta untuk menganalisis setup
- Tetapkan had risiko dengan Stop-Loss dan Take-Profit
- Pantau dagangan secara langsung dan buat pertukaran pada bila-bila masa
Mengapa Trader Malaysia Memilih Dagangan CFD?
Dagangan Sepanjang Masa, Di Mana Sahaja
Buka posisi pada forex, emas, kripto, saham dan banyak lagi dari telefon atau laptop anda. Tidak perlu tukar platform.
Raih Keuntungan Apabila Pasaran Turun atau Naik
CFD berpotensi memberi keuntungan sama ada harga naik atau turun. Beli atau jual CFD berdasarkan jangkaan anda.
Mula dengan Kecil, Sasaran Besar
Leveraj sehingga 1:3000 membantu anda membuka dagangan lebih besar daripada jumlah deposit anda. Tidak perlu modal besar untuk membuka peluang lebih besar di pasaran.
Tidak Perlu Miliki Aset Secara Fizikal
Berdagang tanpa perlu memegang emas, saham syarikat atau coin kripto secara fizikal. CFD memudahkan proses dan mengelakkan kos tambahan.
Kawal Saiz Risiko Anda
Pilih volume dagangan dan tahap risiko yang sesuai dengan anda. Anda bebas menguruskan strategi mengikut kemahuan sendiri.
Alat Sedia Ada untuk Dagangan Lebih Pintar
Gunakan petunjuk, set pemberitahuan dan gunakan Stop-Loss dan Take-Profit untuk dagangan yang lebih tepat dan risiko lebih rendah.
Apa yang Anda Boleh Dagangkan dalam CFD?
FOREX
Peluang dagangan lebih daripada 50 pasangan mata wang dalam pasaran kewangan paling aktif di dunia. Antaranya ialah pasangan major seperti EURUSD, pasangan minor seperti AUDJPY dan kombinasi exotic seperti USDIDR. Ramai Trader Malaysia memilih dagangan forex kerana akses 24 jam pada hari bekerja, sp
Ketahui lebih lanjutLOGAM
Emas dan perak sentiasa menjadi aset selamat yang popular semasa pasaran tidak stabil. Trader di Malaysia sering menggunakan logam ini sebagai strategi lindung nilai terhadap inflasi dan risiko mata wang. Dengan CFD, anda boleh berdagang dalam logam ini dengan mudah, tanpa perlu menyimpan atau mengh
Ketahui lebih lanjutTENAGA
Pasaran seperti minyak mentah Brent, WTI dan gas asli adalah sangat aktif dan dipengaruhi oleh berita global, rantai bekalan dan geopolitik. CFD dalam sektor tenaga membolehkan anda memanfaatkan pergerakan harga yang aktif tanpa perlu membeli atau menyimpan komoditi.
Ketahui lebih lanjutSAHAM
Ramalkan pergerakan harga saham syarikat terbesar global seperti Apple, Tesla, NVIDIA, Amazon dan banyak lagi. Anda tidak perlu buka akaun brokeraj atau memiliki saham sebenar. Dengan CFD, anda boleh manfaatkan laporan pendapatan syarikat dan volatiliti yang dipengaruhi berita dunia, semuanya dengan
Ketahui lebih lanjutINDEKS
Dagangan CFD pada indeks seperti S&P 500, DAX 40, NASDAQ 100 atau Nikkei 225 membolehkan anda melihat prospek keseluruhan ekonomi. Trader dari Malaysia menggunakan CFD indeks untuk mempelbagaikan dagangan dalam sektor berbeza dan mendapatkan perspektif ke atas sentimen pasaran global.
Ketahui lebih lanjutMATA WANG KRIPTO
Berdagang dalam aset digital popular seperti Bitcoin, Ethereum, BNB dan banyak lagi 24 jam sehari, tanpa perlu memiliki dompet kripto atau akaun blockchain. Semua posisi diselesaikan dalam akaun dagangan anda.
Ketahui lebih lanjutKos Dagangan CFD bersama JustMarkets
| Pasaran | Bilangan pasaran individu | Spread minimum | Kadar margin dari pelanggan runcit | Leveraj |
| Forex | 1 | 1 | 1 | 1 |
| Indeks | 2 | 2 | 2 | 2 |
| Saham | 1 | 1 | 1 | 1 |
| Komoditi | 2 | 2 | 2 | 2 |
| Mata wang kripto | 1 | 1 | 1 | 1 |
Rangka dan Automatikkan Strategi Anda dengan MQL
Platform MetaTrader menyokong MQL4 dan MQL5, di mana pengguna berpengalaman boleh mencipta penyelesaian dagangan automatik. Sama ada anda sedang mencipta pemberitahuan harga yang ringkas atau algoritma dagangan yang rumit, MQL menawarkan fleksibiliti yang anda perlukan.
Cipta Alat Dagangan Anda Sendiri
Bina bot, indikator dan skrip berdasarkan strategi peribadi anda. Laksanakan dagangan secara automatik, sementara anda fokus pada analisis.
Integrasikan Sumber Data Luaran
Dengan sokongan DLL, anda boleh pautkan sistem dagangan anda ke pangkalan data pihak ketiga, bina laporan tersuai atau hantarkan isyarat di platform berbeza.
Ideal untuk Pembangun
Jika anda mahir dalam bahasa pengaturcaraan C atau C++, MQL akan terasa intuitif. Ekosistem MQL memberi anda kawalan penuh terhadap logik dagangan, masa pelaksanaan dan had risiko.
Mengapa Berdagang CFD dengan JustMarkets?
Keluarkan Keuntungan Segera
Keluarkan untung dalam dagangan anda dengan pantas dan selamat. Dana anda sentiasa tersedia apabila diperlukan dengan ketelusan penuh dan tanpa langkah yang rumit.
Pilihan Leveraj Tinggi Sehingga 1:3000
Tentukan modal yang ingin didagangkan, sesuai dengan strategi anda. Leveraj tinggi ditawarkan walaupun dengan deposit kecil.
Perlindungan Baki Negatif
Baki akaun anda sentiasa dilindungi. Perlindungan Baki Negatif akan memastikan baki anda tidak pernah kurang daripada sifar.
Pelaksanaan Order yang Pantas dan Tepat
Bertindak segera dalam pasaran yang dinamik. Order diproses sehingga 20 peratus lebih pantas untuk masuk dan keluar dagangan yang lebih tepat.
Spread Rendah dan Telus
Manfaatkan peluang daripada spread yang kompetitif untuk semua instrumen dagangan utama. Direka untuk membantu trader membuat keputusan lebih tepat.
Akaun Swap-Free Tersedia untuk Anda
Bagi trader beragama Islam di Malaysia, dagangan swap-free boleh diaktifkan atas permintaan, selari dengan prinsip dagangan patuh Syariah.
Soalan Lazim
1
Apa itu CFD?
CFD bermaksud Contract for Difference (Kontrak untuk Perbezaan). Ia merupakan instrumen kewangan yang membolehkan anda membuat spekulasi terhadap pergerakan harga sesebuah aset seperti mata wang, saham, komoditi dan kripto tanpa perlu memilikinya secara fizikal. Jika aset bergerak pada arah yang anda ramal, anda akan meraih keuntungan daripada perbezaan antara harga masuk dan keluar. Jika harga bergerak bertentangan, anda menanggung kerugian ke atas perbezaan harga tersebut.
2
Adakah trader di Malaysia boleh menggunakan dagangan CFD?
Ya. Penduduk di Malaysia boleh mengakses dagangan CFD melalui broker global seperti JustMarkets. Walaupun dagangan CFD tidak dikawal selia secara langsung di Malaysia, platform luar negara bereputasi tinggi mematuhi piawaian global yang ketat dari segi aspek keselamatan, pelaksanaan order dan ketelusan pelanggan. JustMarkets menawarkan sokongan pelanggan yang komited dan pilihan khusus untuk trader di Malaysia.
3
Adakah dagangan CFD sesuai untuk trader baru?
Boleh jadi, tetapi dengan berdagang secara berhati-hati. CFD menawarkan fleksibiliti kepada trader, modal yang kecil dan pelbagai aset untuk diterokai. Namun, ia juga mempunyai risiko yang berpunca daripada leveraj dan volatiliti. Trader baharu digalakkan untuk bermula dengan dagangan demo, fahami asas dalam pasaran dan sentiasa menggunakan stop-loss untuk mengawal risiko.
4
Bagaimana keuntungan boleh diperolehi dalam dagangan CFD?
Anda boleh meraih keuntungan dengan meramalkan sama ada harga sesebuah aset akan naik atau turun. Sebagai contoh, anda boleh “beli” jika anda jangkakan harga naik, manakala “jual” jika anda jangkakan harga akan turun. Perbezaan antara harga antara harga masuk dan keluar menentukan sama ada anda untung atau sebaliknya. Leveraj pula membolehkan pergerakan kecil dalam pasaran memberi kesan besar terhadap hasil dagangan anda.
5
Adakah pendapatan melalui CFD tertakluk pada cukai di Malaysia?
Ya, ada kemungkinan. Keuntungan daripada dagangan CFD boleh dianggap sebagai pendapatan peribadi, bergantung pada kekerapan anda berdagang dan undang-undang percukaian di Malaysia. Anda disarankan untuk memantau keuntungan dan dapatkan nasihat daripada profesional untuk panduan lengkap.
6
Adakah trader profesional juga menggunakan CFD?
Sudah tentu. Ramai trader berpengalaman menggunakan CFD sebagai alat strategik untuk mempelbagaikan dagangan di pasaran berbeza, sebagai pelindung nilai posisi dagangan semasa atau menggunakan strategi dagangan untuk jangka pendek. Fleksibiliti untuk posisi beli atau jual selain daripada leveraj yang tinggi dan akses ke pasaran global menjadikan dagangan CFD begitu menarik kepada golongan profesional.
7
Bagaimanakah posisi dagangan CFD berfungsi?
Anda membuka posisi dengan meletakkan order beli atau jual, bergantung kepada prospek pasaran anda. Pada sebarang masa, anda tidak memiliki aset secara fizikal, sebaliknya anda terikat pada kontrak yang mewakili harga aset tersebut. Apabila anda tutup posisi, perbezaan harga akan menentukan sama ada anda untung atau rugi yang tertera serta-merta pada baki akaun anda.
8
Apakah risiko terbesar dalam CFD?
CFD merupakan produk yang dikenakan leveraj, ini bermakna keuntungan dan kerugian boleh menjadi berganda. Risiko utama dalam CFD termasuk perubahan pergerakan dalam pasaran, margin call dan risiko slippage semasa volatiliti tinggi. Untuk mengurangkan risiko, gunakan alat seperti stop-loss, tetapkan had untuk saiz posisi dan jangan sesekali melabur lebih daripada jumlah yang anda mampu untuk rugi.